Monday, October 30, 2006

Cerita hari raya

Dah 8 hari dah raya, baru nih aku berkesempatan nak menulis....biasalah kat sini yg meriah hari raya pertama jer.. itupun sebab ada sembahyang raya kat embassy.. kalau idak tak rasa macam hari raya pun.

Citer pasal raya hari tu, kami kat sini raya 23/10, hari Isnin. Petang sebelum raya tu aku masak rendang daging dengan ayam masak merah. Aku masak awal sebab boleh makan untuk berbuka sekali. Malam tu aku sibuk ler pulak masak nasi impit ngan kuah kacang. Pastu gosok pulak baju raya, sib baik danish tak meragam malam tu.

Pagi raya tu aku bangun awal.. kul 5.. masak kuah lodeh ngan nasi minyak. Lepas siap tu bangun kan Nabil pulak.. mandikan dan siap2kan dia... pastu bangunkan danish pulak.. siap2kan dia... uish.. penat jugak yer dah ada anak dua nih... lepas siap2 dah cukup time dah nak naik tram..kitaorg janji ramai2 naik tram sesama ke embassy.. tak sempat pun nak sarapan. Sib baik pepagi buta lepas subuh aku dah mintak maaf siap-siap kat abang (husband aku).

Sampai kat embassy orang dah ramai dah.. tahun nih paling ramai... sampai berhimpit2. Ramai jugak akak2 kat embassy tu yg tegur aku.. kak zohra, kak isma.. semua terkejut bila aku kata aku ada baby baru.... hehehehe..... Aku cari pot kat hujung sbb senang nak letakkan baby danish. Baby danish pulak seronok jer tido di dodoi dengan takbir raya. Takbir raya kali nih aku tak syahdu sangat... tak tahu lah kenapa.. mungkin sebab dah biasa.. or sebab aku baru jer balik mesia.. entahlah... tapi mmg tak terasa lah.

Lepas sembahyang raya ada jamuan makan2.. banyak makanan yg embassy sediakan.. macam2 ada... lemang, rendang, nasi minyak etc.. kali nih aku duduk ajer.. semua abang yang amikkan.. hehe cam puteri plak.. yer la aku kena nunggu baby danish nih.. malas nak bawak anak kecik berebut2 amik makanan.. lagi pun baby danish tido... punyala bising kat tempat makan2 tu.. dengan panas nyer.. tapi alhamdulillah, sedap jer baby danish tido. Tak kaco aku ngan abang langsung... Alhamdulillah... Tahun nih lepas gi embassy aku terus balik jer... tak gi pun jalan2 rumah orang. Malas nak jalan2 dengan bawak anak kecik nih. Sampai rumah aku tepon mak kat kampung.. pastu aku & family buat sessi fotografi.. hehe hasilnya cam posting yang lepas ler.... pastu geng2 delft ( halik, nazri ngan lina) datang beraya.. syok jugak melayan. Lepas makan2 kami semua gi beraya kat umah Abang Man ngan Kak Lin kat atas. Petang tu Abang Man &family sama2 ngan Kak Zura & family datang kerumah beraya. Kira happening jugak ler hari tuh. Akhirnya dlm kul 9 malam Bu Rini (indonesian) datang... Bu Rini nihlah (disampaing kawan2 mesian kat sini) yang banyak tolong aku masa mula2 datang sini terutamanya bab2 menjaga nabil time aku ngan abang ada kelas.....

Alhamdulillah, habis semua juadah raya aku... penat memang penat tapi puas hati sangat... happy...

Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Get Your Own! | View Slideshow

Friday, October 13, 2006

Parcel dari Malaysia

Semalam bawak baby Danish for his first visit to consultantiebureou. Kitaorang dapat giliran yg last sekali.. appointment kul 4.15pm. Dari rumah kami anak beranak naik bas ke sana. Nasib baik bus stop tu dekat je dengan bangunan consultantiebureou tu.. so lain kali leh la aku gi sendiri jer.. takyah nak soh husband aku temankan lagi. Sampai sana orang dah tak ramai sbb derang tutup kul 5. Memula kena daftar dulu.. pastu derang suruh bukak baju baby danish. Pastu derang timbang, ukur tinggi and amik ukur lilit kepala dia.. so far baby danish dah 4.5kg berat dia. Consider berat ler kalau nak banding ngan Nabil dulu.. padahal dia baru 38 hari... nurse ngan doktor pun panggil danish big boy.. hehe.

Masa jumpa doktor.. dia check semua OK.. Alhamdulillah.. yer la.. dok kat perantauan nih.. dah ler jauh.. kalau jadi apa2 susah nak mengadu...

Hari ni aku dapat parcel dari Malaysia.. mak aku kirim kuih raya ngan stok2 rempah ... punyer la happy.. dok terliur tengok kuih2 raya tu.. tapi sayang jugak sbb banyak kuih yang pecah dan hancur.. tapi takperla... mana2 yg pecah tu boleh aku ngap dulu.. hehehe tak sabar dah nak tunggu waktu berbuka... biasaler.. time puasa nih sumer nak makan.. kang dah berbuka kang.. jeling pun idak.. hehehe nafsu.. nafsu...

Minggu depan dah nak raya... cam tak caya jer... aku pun lagi berapa hari jer nak abis pantang dah... rasa cam kejab jer.. dok teringat2 lagi time menunggu saat2 nak bersalin.. punyalah lama rasanya.. cam bertahun-tahun...

Nampaknya tahun nih takleh la kami meronda beraya satu kampung.. hehehe sian lak baby danish.. skang nih dah la sejuk kat luar tu.. so ingat2 nak gi embassy ngan gi umah makcik yang kat embassy tu jer la kot.. pastu balik ler... pastu leh ajak member2 datang rumah.

Di kesempatan nih aku nak menghulur sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah silap selama nih.. Halalkan semuanya yer...

Thursday, October 12, 2006

Makan2 di rumah Abang Man dan Kak Lin

Hari minggu yang lepas kami anak beranak dapat jemputan dari jiran kat tingkat atas, Abang Man dan Kak Lin untuk berbuka puasa sama2. Ramai jugak yang datang malam tu. Aku bawak roti jala dengan kari daging.. sama dengan juadah yang Ita bawak... entah kenapa la tiap kali aku bawak sesuatu ke majlis berbuka.. mesti ada yang sama dengan member lain.. dulu kat umah Muaz sama ngan Rozie.. yang ni sama ngan Ita lak...

Malam tu Tuan rumah buat Nasi Ayam sebagai main dishes, pastu ada bihun goreng, ada bubur kacang... Halik buat cucur ikan bilis.. and Muaz bawak pau kaya dan pau coklat. Seronok dapat kumpul2 lagi...

Majlis berjalan lancar cuma baby Danish agak meragam malam tu. Aku perasan susu aku kurang hari tu... mungkin sbb tu baby Danish meragam.... agaknya aku tak minum cukup air.. so sbbkan tak larat dah nak dengar baby Danish nangis... kitaorang balik awal. Oooo lupa nak bagitau sekarang aku dah ada buaian untuk baby Danish. Aku pinjam dari Ita.. siap dengan tiang.. siap ngan mesin automatik sekali... sekarang nih senang ler sikit nak tidurkan baby Danish.. kalau tak tu jenuh berjalan satu rumah.. dah ler skang dia makin berat.. lenguh weh... Thanks to Ita sbb pinjamkan buai...

Balik dari berbuka tu aku terus masukkan baby Danish kat dalam buai.. Alhamdulillah.. kejab jer dia dah tertido. Agak2 dia dah lena aku pun angkat ke dalam katil dia (Play pen). Aku mmg takmo biasakan dia tido dalam buai.. nnt kang jenuh nak mengangkut buai kalau nak kemana2.. kalau ada kereta cam kat mesia tu takperla.. ni kena naik public transport.. jenuh ler pulak nak menjunjung buai nanti...

Nabil pun penat main lari2 ngan anak Abang Man so dia pun terus terlentok kat katil dia.. Ooo yer.. dah 3 hari anak2 aku tidur di bilik sendiri. Walaupun aku agak penat nak berulang-alik untuk menyusukan baby danish waktu malam tapi aku puas hati sebab dah lama aku nak asingkan bilik anak2 dengan bilik aku dan husband. Sebelum baby Danish lahir dulu Nabil takut nak tido sorang so aku biarkan dia tido dengan kami. Tapi bila dah ada baby Danish nih dengan sendirinya dia cakap nak tido dengan baby Danish dalam bilik dia sendiri.. so senang ler.. tak yah aku nak train2. Skang nih rasa katil tu lapang ajer sbb sebelum nih Nabil tido ganazzzzz....

Thursday, October 05, 2006

Ahmad Danish genap sebulan



Hari nih 5/10 genaplah sebulan permata hatiku yang kedua, Ahmad Danish melihat dunia. macam tak caya jer aku dah ada 2 anak sekarang. So far takde la terasa berbeza sangat, cuma masa tu yg kena pandai manage. Kekadang tu terbayang2 lagi dia dalam perut, terasa-rasa lagi kaki dia menendang2 dan yang paling takleh lupa terasa2 lagi bila baby danish sedu (hick-up) dalam perut dulu. Sampai sekarang baby danish kerap sedu. Nak membesar kot anak ibu.

So far perkembangan baby danish ;
- dah pandai senyum
- pandai hisap jari bila nak susu
- dah pandai nak berdukung (takmo letak lelama)
- minum susu makin kuat.... (dulu sebelah cukup.. sekarang kena 2 belah - breastfeed)
- pandai nak main ngan abang dia ( kalau lepas mandi tu biasa danish nangis.. bila nabil dtg lompat2 terus senyap)

oo yer.. masuk hari nih dah 2 hari aku berpuasa.. Alhamdulillah......nampaknya 11 hari aku kena mengganti puasa tahun nih.. takperla demi anak..

Tuesday, October 03, 2006

Projek burger malaysia

Semalam Husband aku teringin nak makan burger malaysia... so sebagai isteri mithali (hehehe perasan bagus...) aku pun terus call mak kat kampung tanya resepi burger malaysia.. bila dah dapat resepi tu.. maka bermula la projek burger malaysia...

Sambal tumis ikan bilis

Mula2 aku masak sambal tumis ikan bilis utk intinya. Bila siap aku pun buat doh untuk burgernya.

Burger sebelum di goreng
Burger selepas di goreng

Hasil akhir
Akhirnya siap jugak burger malaysia tu. Aku tak letak timun sebab husband aku tak suka makan timun lagipun timun sejuk.. orang dalam pantang pun takleh makan. Disebabkan aku masak agak banyak so aku kasik sikit pada Lina dan Muaz & Dora. Lepas siap tu aku tak try pun walaupun aku tak puasa.. hehehe.. selalunya apa2 yg aku masak aku akn tunggu husband aku try dulu and kasik komen.

So malam tu lepas berbuka husband pun try... komen dia.. " Emm.. sedap.. menjadi la..." wawawa... terangkat rasa.. hehe seronok dapat pujian dari husband.. yer la bukan senang dia nak puji2 nih... husband aku bukan jenis jiwang2.. takdenya dia nak cakap sayang ker hapa ker...

Sebenarnya aku seronok tengok suami dan anak2 happy... bila derang happy.. aku pun happy sama.. aku tak kisah kalau aku letih ker penat ker asalkan derang bahagia... salah satu caranya ialah dengan masakkan untuk derang. kekadang aku bersyukur gak duk jauh2 nih.. yer la kalau kat mesia jarang sangat ler suami dan anak2 nak dapat makan masakan dari air tangan aku nih... sumer asyik beli ajer... kat sini semua kena masak sendiri.. Alhamdulillah hari2 suami aku makan air tangan isteri dia... dan anak2 aku makan air tangan ibu derang... Akhirnya dapat jugak aku amalkan petua mak aku untuk merapatkan hubungan sesama suami isteri dan sesama orang tua dengan anak2... dulu kat mesia tak berkesempatan....

Hehehe panjang pulak aku mengomel... lupa nak kasitau.. semalam aku pening kepala... aku rasa hemoglobin dlm darah aku lom cukup lagi.. hari tu last check pun baru 7.2... org normal punya hemoglobin dalam 9-10.. patutla aku selalu asyik terlayang-layang jer rasa... hari ni soh husband beli ubat lagi... kena makan ubat la jawabnyer kalau camni.... esok kalau ada rezeki aku akan mula berpuasa... aku cuma risau susu anak jer... harap2 semuanya berjalan lancar... amin..

Monday, October 02, 2006

Makan2 di rumah Muaz dan Dora

Malam semalam aku and family dapat jemputan dari Muaz dan Dora untuk berbuka puasa sama2 kat rumah derang. Actually macam gathering ler... ramai yang datang malam semalam.. macam tak caya jer dah ramai orang mesia kat sini....geng2 dari delft dan rotterdam jer pun ada dekat 20 orang.. itu belum masuk anak2 dan baby2 lagik... meriah sungguh la malam tu... tapi memandangkan aku masih berpantang lagik.. so tak dapat ler aku nak menjamu selera.. amik bau dan cuci mata jer la..

Masing2 datang ngan bawak buah tangan.. aku sendiri masak murtabak daging.. hehe actually dah banyak kali dah aku buat murtabak nih... tapi kali nih mencabar sket sbb kena curi2 masa.. kena tunggu baby danish tido baru leh jalan projek.. tapi alhamdulillah berkat kerjasama my husband dan berkat kuali baru (hehehe nak sedapkan hati ni sbb kuali mahai...) akhirnya siap gak murtabak kitaorg... juadah2 lain yg di bawa - murtabak gak (rotterdam version), pulut inti, bingka jagung, karipap, laksa penang( yang ni meleleh air liur tgk... huhu), coklat.. tuan rumah lak sediakan nasi putih + rendang daging + kari ayam....

aku... aku cuma makan nasi putih dengan lauk pantang yg aku tapau dari rumah... hehe takperla.. pada aku makan2 tu tak penting sangat (cewahhh padahal takleh nak makan...) yang pentingnya leh jumpa2 dan sembang2 mengeratkan silaturrahim... seronok sekali sekala dapat berkumpul camni.. lagi2 utk kitaorg yg kat perantauan nih... bukan senang nak jumpa selalu sbb masing2 sibuk dengan hal masing2...

Jejaka2 idaman malaya

apa2 pun aku bersyukur dapat kawan2 yang best kat sini.. masing2 amik tahu hal.. susah senang leh kongsi sama2... akhir kata Selamat berpuasa warga Delft dan Rotterdam... seronok dapat jadi kawan korang...