Friday, September 23, 2005

Denmark..... 10 days to go

hmm entahlah kenapa... makin dekat masa nak ke denmark, makin tak sedap rasa hati aku nih. Actually ada sikit masalah dgn deposit umah kat sana. landlady nak deposit for 3 months. Aku tgh working on it. Harap2 everything will be settle on monday. Kekadang rasa macam malas jer nak kesana, tapi bila memikirkan supervisor aku dah buat macam2 (cari umah, beli tiket, cari sponsor) so aku rasa tak sampai hati la pulak. Lagipun ni jer la peluang aku nak sambung MSc.

Skang nih takde mood nak buat keje. Asyik dok melepak jer hari2. Bila la semangat aku nak dtg semula nih.. Ya ALLAH kuatkanlah hati aku utk teruskan research nih.

Friday, September 16, 2005

Goodbye Summer, Welcome Autumn

Lama dah rasanya tak menulis kat sini. Bukannya sebab sibuk cuma tak berkesempatan. Banyak perkara dah berlaku sejak the last entry. Aku cuba muatkan semuanya(mana2 yang aku masih ingat ler yer) dlm entry ni.

7/9
Pepagi buta dah ke airport.. tunggu member dari mesia yang aku pernah citer dulu sampai. Time mmg ngam2.. kitaorg sampai jer.. dia pun keluar dari arrival hall. Lepas tu aku bawak dia ke Rotterdam central.. penat gak jalan sbb barang dia berat.. hehe biasala.. aku dulu pun camtu jugak.. sampai sana contact org universiti dia pastu kitaorg balik ke delft. Petang tu gi tgk umah dia.. sembang2 and balik with my new notebook... bestnya.. actually dia tolong bawakkan aku nyer notebook dari mesia... malam... penat giler.. terus tido

8/9
dapat result for individual study. Hmm... a bit dissapointed. Tak pernah dpt markah below 8.. so down jab.. nasib baik tak banyak influence my total pointer. Call doctor utk buat appoinment. For your information kat sini tak mcm mesia leh gi klinik bila2 masa.. kena buat appoinment dulu.. kalo demam tu kekadang demam pun dah baik baru dpt jumpa doctor hehe.. and one more thing semua kena melalui insurance

9/9
kul 9 pagi keluar naik beskal gi jumpa doctor. Actually aku bukannya sakit tapi aku jumpa doctor utk removekan my IUD. Balik tu sengal2 gak kat perut.. so rest through out the day.

10/9
gi jenjalan ke amsterdam ngan member2 mesia. Saja gi jalan2 sambik bawak budak baru tu gi shopping2 sket. Aku beli jaket baru utk Nabil.. yer la.. autumn dah nak menjenguk tak lama lagi. Skang pun dah mula sejuk.. tadi pagi suhu dalam 14 darjah celcius jer...lepas shopping2 gi makan KFC halal. lepas makan kitaorg balik sbb nak kejar bola kat tv. Member2 lain sambung jalan ke Batavia Stad.

11/9
seawal 6 pagi aku menumbuk sambal belacan guna lesung batu yg aku pinjam kat member2 indonesia. Actually hari nih aku invite sumer member2 mesia makan kat umah. Dah biasa kami buat cam tu kat sini.. yer la.. org mesia tak ramai.. so ini jer la caranya utk berkumpul2. Menu hari tu temanya masakan kampung... so aku buat gulai lemak ikan ngan nenas, pecal, sambal belacan ngan ayam goreng. For desert aku buat puding kastard (yg ni tak kampung heheh). Lepas makan2 kitaorg ramai2 gi funfair... hubby ngan member2 lelaki naik benda pusing2 tu.. yg pompuan tgk dari bawah ajer... pastu gi main boling lak... malam.. penat giler... terus tido..

12/9-14/9
tak de buat mende.. dok melepak kat umah.. tgk tv.. hehehehe

15/9
hari bermakna... aku nyer konvokesyen... best la gak.. acaranya sama jer cam kat mesia.. but kat sini tak pakai jubah aaa.... belah malam baby sitter Nabil dtg umah.. aku bagi satu beg beso mainan Nabil kat dia.. kiatorg pun dah nak pindah... so kalau bagi kat dia at least anak2 dia leh main...

hari nih...
hehehe... melepak ajer... tak tau nak buat apa selain layan Nabil and tengok TV...


tak sangka kejab jer masa berlalu... rasanya cam baru lagi aku konvo utk degree. Ingat lagi suka duka masa kat UTM dulu. Masa tu aku ngan hubby lom kawin lagi.. baru berkenal2 an. Alhamdulillah walaupun susah payah belajar akhirnya dapat gak aku habiskan dengan first class degree. Utk masters ni aku cuma dpt second class upper ajer... InsyaAllah utk masters of science nnt aku nak cuba dpt distinction.. korang semua doakan ler yer...

Tuesday, September 06, 2005

Ustaz Samsuri

Firstly aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri sbb dah berjaya menghabiskan Masters of Engineering. Markah overall not bad.. lulus dengan cemerlang hehehe.. Alhamdulillah.. final presentation petang tadi pun OK.. semua soalan aku leh jawab... masa kasik presentation pun tenang ajer... kembang kejab bila supervisor kata presentation aku very good...

hmm pejam celik dah setahun aku dok sini.. dah setahun jugakla aku dok struggle study kat tempat orang .. nasib baik hubby ngan Nabil sama2 ngan aku kat sini. Kalo tak mau stress nak mampos aku kat sini. Syukur pada Allah. Alhamdulillah

Baru tadi dok dengar CD ceramah yg kitaorg bawak dari Mesia. CD nih member hubby aku yg kasik.. dia rakam sendiri kat masjid. Dulu hubby pun rakam jugak. Ceramah yang aku dengar ngan hubby hari nih berkisar tentang orang munafik. Ustaz tu kata orang munafik tarafnya lebih rendah dari otang kafirun. Seram lak dengar. Aku selalu berdoa agar Allah kuatkan iman dan hindarkanlah aku sekeluarga dari ciri2 orang munafik.

Sebut pasal ceramah.. teringat kan kaset ceramah ustaz samsuri.. rindunya nak dengar. Pada korang semua.. aku cadangkan belilah kaset ustaz samsuri ni. Bagus dan banyak ilmu yang boleh dapat. Terus terang aku katakan banyak ilmu yang aku dapat dan amalkan dari ceramah ustaz samsuri. Pendekatan dia yang tak bosan dan banyak cerita2 contoh betul2 memberi kesan pada aku. Korang cubalah. Aku ngan hubby dulu kalo nak balik kampung ajer mesti pastikan ada bekalan kaset ustaz samsuri yang baru or yang belum dengar. So sepanjang perjalanan dengar ceramah dia... bagus.. dapat ilmu dan boleh elakkan mengantuk.

Sebenarnya kaset ni sahabat baik aku yg memula kenalkan. Aku dengar ceramah ni dlm kereta dia. Pastu dia kasik aku pinjam koleksi kaset2 yang dia ada. Penuh satu plastik. Sejak hari tu aku ngan hubby kalo masuk kereta jer terus pasang kaset2 tu.. akhirnya rasa cam dah addict... hehe.. tetiap 2 minggu mesti gi cari kaset yang terbaru. Antara kitab yang ustaz samsuri ni bawak ialah kitab yang khusus pasal wanita. aku dah lupa nama arab dia. Bagus sangat kitab nih... kalo dengar ulasan dia kekadang aku malu ngan hubby sbb aku rasa layanan aku lom cukup baik ... sebaik yang sepatutnya seorang isteri berikan kepada suami mereka.

Kepada para isteri dan bakal isteri.. sebenarnya tanggungjawab kita kepada suami amatlah besar... sehingga dikatakan syurga isteri itu dibawah tapak kaki suami. Aku respect giler ngan mak aku .. sepanjang hidup aku sekali pun aku tak pernah nampak mak ngan arwah abah aku gaduh. Aku pernah tanya mak.. derang suami isteri tak pernah gaduh ker? Mak aku jawab mustahila tak gaduh.. dah suami isteri kan.. tapi derang gaduh senyap2.. so anak2 tak tahu. Mak ngan arwah abah sampai ketua romantik habis. Pegang2 tangan and still tidur sebilik sehingga ke akhir hayat abah aku. Tak pernah nampak mak masam muka ngan abah and tak pernah nampak arwah abah makan tanpa dihodang dan mak temankan kecuali kalo mak takde kat umah. Aku teringin nak jadi cam mak aku. Ini aku nak share nasihat mak aku ngan korang.

" Jaga suami baik2 terutama perut dan nafsunya. Jangan lawan cakap suami. Kalau suami marah.. jangan balas... diamkan diri ajer sampai dia sejuk. Sabarlah banyak2. Kalau ada perselisihan faham pun jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai isteri. Sentiasa sediakan makanan dan apa juga kehendak suami. Sesungguhnya isteri yang taat kepada suaminya sedangkan dia menjaga solat, puasa dan menjaga agamanya maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana2 pintu yang disukainya."

Semoga aku menjadi isteri yang taat kepada suami dan anak yang solehah.. Amin

Saturday, September 03, 2005

Seminggu yang hangat

Dah seminggu cuaca kat sini panas.. sampai malam2 pun kena berkipas.. disebabkan aku ngan hubby dah hantar final report.. so bersantai2 la...

Kat sini kalau bertembung ngan cuaca panas.. takde tempat lain yang nak dituju.. mandi laut aaaa.... hehe hari Rabu lepas.. aku satu family gi lagi bawak Nabil mandi laut... leh dikatakan ni minggu terakhirlah panas kat sini.. sbb 23/9 ni dah masuk autumn.. so kasi can la sama Nabil hehe

Semalam lak aku ngan hubby bawak Nabil mandi kat Lake lak.. besar gak lakenya.. aku beli bot yang macam pelampung tu.. murah gila kat sini .. dalam 0.99 sen euro jer... kalau convert pun baru RM5.. aku rasa kalo kat Mesia tak dapat macam tu.. lagi satu aku beli pelampung kanak2 yang ada kepala turtle.. pun baru 0.69 sen euro jer... murah giler

Kat lake baru leh main pelampung.. kat laut takleh sbb ombak besar. Kat lake nih ada port tempat orang 'bogel' sambil berjemur.. semalam aku ngan hubby naik basikal termasuk ke tempat nih... hehe terpandang ler jugak orang2 berbogel.. sib baik aku pakai spec. hitam... cover la sket... tu pun jenuh kayuh beskal laju2 heheh

Hari Rabu akan datang ni ada org Mesia nak datang sini.. buat pHd.. aku ingat nak gi amik dia kat airport...lagipun aku ada pesan soh dia bawak notebook baru aku...kena beli kat Mesia.. murah sket.. kat sini mahal bangat...so dengan kedatangan orang baru nih makin bertambah la rakyat Mesia kat sini.. bagusla.. so kalau sesiapa nak sambung belajar kat sini.. silakan lah.. jgn takut2.. ramai dah orang Mesia kat sini ... 16/10 ni ada gak satu family nak datang.. org JPS...

p/s Kak midah kenal dak ngan org JPS ni.. nama dia Azman.. dia nak dtg belajar kat IHE