Tuesday, October 03, 2006

Projek burger malaysia

Semalam Husband aku teringin nak makan burger malaysia... so sebagai isteri mithali (hehehe perasan bagus...) aku pun terus call mak kat kampung tanya resepi burger malaysia.. bila dah dapat resepi tu.. maka bermula la projek burger malaysia...

Sambal tumis ikan bilis

Mula2 aku masak sambal tumis ikan bilis utk intinya. Bila siap aku pun buat doh untuk burgernya.

Burger sebelum di goreng
Burger selepas di goreng

Hasil akhir
Akhirnya siap jugak burger malaysia tu. Aku tak letak timun sebab husband aku tak suka makan timun lagipun timun sejuk.. orang dalam pantang pun takleh makan. Disebabkan aku masak agak banyak so aku kasik sikit pada Lina dan Muaz & Dora. Lepas siap tu aku tak try pun walaupun aku tak puasa.. hehehe.. selalunya apa2 yg aku masak aku akn tunggu husband aku try dulu and kasik komen.

So malam tu lepas berbuka husband pun try... komen dia.. " Emm.. sedap.. menjadi la..." wawawa... terangkat rasa.. hehe seronok dapat pujian dari husband.. yer la bukan senang dia nak puji2 nih... husband aku bukan jenis jiwang2.. takdenya dia nak cakap sayang ker hapa ker...

Sebenarnya aku seronok tengok suami dan anak2 happy... bila derang happy.. aku pun happy sama.. aku tak kisah kalau aku letih ker penat ker asalkan derang bahagia... salah satu caranya ialah dengan masakkan untuk derang. kekadang aku bersyukur gak duk jauh2 nih.. yer la kalau kat mesia jarang sangat ler suami dan anak2 nak dapat makan masakan dari air tangan aku nih... sumer asyik beli ajer... kat sini semua kena masak sendiri.. Alhamdulillah hari2 suami aku makan air tangan isteri dia... dan anak2 aku makan air tangan ibu derang... Akhirnya dapat jugak aku amalkan petua mak aku untuk merapatkan hubungan sesama suami isteri dan sesama orang tua dengan anak2... dulu kat mesia tak berkesempatan....

Hehehe panjang pulak aku mengomel... lupa nak kasitau.. semalam aku pening kepala... aku rasa hemoglobin dlm darah aku lom cukup lagi.. hari tu last check pun baru 7.2... org normal punya hemoglobin dalam 9-10.. patutla aku selalu asyik terlayang-layang jer rasa... hari ni soh husband beli ubat lagi... kena makan ubat la jawabnyer kalau camni.... esok kalau ada rezeki aku akan mula berpuasa... aku cuma risau susu anak jer... harap2 semuanya berjalan lancar... amin..

2 Comments:

At 8:09 AM, Blogger pn-iena said...

Wahh sedapnyer burger tu..apa kata gee letak resepi sekali.. nampak mengancam lah..

masak2 juga kesihatan kena jaga ya!..

 
At 11:53 AM, Blogger Gee said...

hehehe resepi main ingat jer.. malas nak menaip... dok perantauan nih camtu la... kalau teringin terpaksa la masak sendiri... kaau tak masak.. tak makan ler jawabnya

 

Post a Comment

<< Home