Majlis aqikah dan cukur rambut
Pada hari ke 7 Ahmad Danish dilahirkan, majlis aqikah (2 ekor kambing sbb anak lelaki) telah dijalankan di Malaysia. Memandangkan hari ke 7 nih jatuh pada hari selasa jadi mak aku kat kampung tak buat kenduri di rumah tapi hanya menghantarkan makanan ke masjid dan ke rumah anak-anak yatim. Seperti yang diberitahu oleh mak aku... majlis berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..Pada hari yang sama aku dan husband mencukur rambut Ahmad Danish... majlis mencukur nih kami buat anak beranak ajer (aku, husband, nabil dan baby danish). Dimulakan dengan marhaban, bacaan tahlil dan doa selamat oleh husband dan akhir sekali selamat lah Ahmad Danish di cukur. Seperti abangnya dulu, Nabil, Danish pun rambutnya lebat dan hitam.
Gambar Baby Danish usia sehari

Masa di hospital, nurse2 dan midwife tak habis2 puji rambut Danish... yer la kat sini kebanyakannya baby lahir takde rambut.. so bila diaorg nampak danish semua kata 'mooi' (mooi=cantik dlm dutch)
Alhamdulillah semuanya dah selesai... semoga ianya memberi kebaikan kepada baby danish dan kami sekeluarga InsyaAllah.
Gambar baby danish selepas dicukur rambutnya.

3 Comments:
soklan bonus..
sana medical mahal tak gee? sini terlampau la mahal, sebab tu la aku pikir banyak kali nak tambah anak kat sini.. huhuhu..
Kat sini medical sumer dicover dengan insurance. Insurance wajib.. so kalau nak beranak ker .. sakit ker.. tak rasa la kena bayar.. rasa cam free.. sbb insurance yang akan bayarkan sumer... Sbb tu kalau tak beranak .. rugi hehehehe bayar insurance tapi tak guna... kat sini lepas beranak siap insurance cover nurse dtg umah seminggu tolong ibu buat keje rumah.
ooo.. samalah cam sini..
sini pun patutnya amik insuran, tengah survey nak amik mana satu..
Post a Comment
<< Home