Sunday, September 17, 2006

Pengalaman melahirkan baby Danish

Alhamdulillah... sebagai pemula bicara blog nih... aku ingin meng'inform' yang aku telahpun selamat melahirkan baby boy pada 5/9/2006 di Delft Hospital, The Netherlands. Berat masa lahir 3.26kg dan kami namakan permata kedua nih dengan nama Ahmad Danish yang bermaksud 'Pengetahuan'(dlm bahasa parsi). Sekarang nih aku berpantang sediri ajer di sini. Jauh dari family menyebabkan aku amat menghargai kawan2 sekeliling yang selalu mengambil berat dan menolong mana yang patut. Terima kasih semua.

Oklah... Ni nak cerita pengalaman melahirkan baby Danish.. kalau nak bandingkan dengan Nabil dulu... kali ni alhamdulillah lebih senang dan lebih cepat…

4.00 am
Bangun sebab rasa nak terkencing.. gi toilet tapi sebelum kencing tu ada keluar lendir campur darah… tapi lom rasa contraction… lepas subuh sambung tido

8.00 am –1.00 pm
Bangun tido dah rasa contraction sikit… tapi belum regular.. cakap kat husband takyah gi opis hari nih.. rasa cam dah sakit.. kul 12.10pm tu ada appointment ngan midwife tapi sebelum tu masak dulu dgg kicap ngan sambal bilis untuk bekalan lauk husband masa pantang.. kemas rumah and kemas dapur… saja jer buat keje sebab nak kasi cepat bukak.. kul 11.30am tu gi appointment ngan midwife.. kami gi jalan kaki ajer… adalah dalam 15-20 minit perjalanan. Sampai klinik midwife check dah bukak 4cm.. so dia soh balik and tunggu sampai regular contraction setiap 5 min pastu dia soh call. Lepas appointment jalan kaki lagi 15-20 minit untuk balik rumah

1.00pm – 6.00pm
Lepas balik appointment tu baru rasa regular contraction.. every 10 mins kemudia every 8 mins. Dalam kul 5.00pm dah sakit every 5 mins. Call midwife and dia dtg rumah.. bila check dah bukak 5cm dan dia bawak gi hospital. Sampai hospital terus dia soh dok kat labor room. Dalam kul 6 dia check dah bukak 6cm. Masa dia buat vaginal examination tu air ketugan pecah. Lepas air ketuban pecah tu sakit makin kuat.

6.00pm – 8.45pm
Contraction makin kerap.. dalam 3-4 mins dan sakit makin kuat. Kul 8.45pm midwife datang dan check bukaan .. dah bukak 8cm. Masa nih sakitnya dah makin kuat.. dan dah ada rasa nak push.

8.45pm – 10.13pm
Midwife ngan ada sorang student dah siap sedia nak tolong deliver baby. Derang suruh mengereng ke kanan supaya kepala baby cepat turun. Masa mengereng kekanan ni sakit contraction tu teramat sangat dan tak berhenti. Rasa nak push pun membuak2… lepas mengereng ke kanan mengereng kekiri pulak.. lebih kurang kul 9.45pm tu dia soh tukar posisi plak… dia angkat dan ampu kat bahu.. macam posisi duduk mencangkung… masa posisi nih rasa lebih mudah nak push… 6 kali push dah nampak sikit kepala baby.. pastu dia soh baring semula.. tunggu contraction and push.. 2 kali push kepala baby dah ada kat pintu.. pastu dia suruh bernafas dan jgn teran sampai next contraction.. masa nih pedihnya yang amat.. rasa cam kat hujung nyawa jer… kalau ikut hati mmg nak terus push jer sbb dah sakit sangat.. tapi tunggu jugak next contraction.. bila dah rasa next contraction dengan sekali push jer baby dah keluar.. masa tu rasa lega teramat sangat.. dengar baby nangis kuat sangat.. terus hilang semua sakit2…. Lepas tu dia letak kat dada dan soh husband potong tali pusat.. oo lupa nak bagitau… sepanjang dalam labor room tu mmg husband ada sekali… tempat berpaut masa sakit contraction. Lepas dia lap2 baby terus dia kasik untuk breastfeed…..Tapi yang paling best sekali.. bila midwife check vagina dia kata perfect.. tak payah jahit… fuhhhh legaaaa. Midwife bagitau sbb tu masa kepala baby kat pintu dia soh bernafas dan tunggu next contraction… rupanya untuk elakkan dari terkoyak…. (kawan2 bolehlah ingat petua nih kalau taknak terkoyak and kena jahit.. heheh) So sekarang alhamdulillah sebab tak jahit jadi takde masalah nak duduk, berdiri, berjalan and ke toilet… hari ke 4 nih dah 2 kali buang air besar.. syukur sangat pada ALLAH sbb dipermudahkan semuanya

Baby Danish beberapa minit selepas dilahirkan

3 Comments:

At 7:11 PM, Blogger PiN(u/a)Ts said...

tahniah gee!!!

another boy for u.. abang dah ada adik nak gusti la ye?

dengar citer bersalin ko, aku lak seriau semacam.. kuang3x..

rajin2 la update ye.. aku ni tak tau pun ko still kat sana lagi.. aku ingat dah balik msia dah..

 
At 9:13 AM, Blogger Gee said...

aku balik mesia dulu 2 bulan jer .. pastu fikri dapat sambung PHd kat sini.. so tu yang datang semula... hehe

ko bila lagi nak tambah anak.. kikikikik

 
At 6:34 AM, Blogger LMj said...

Gee.... nak menitik kegembiraan aku baca pengalaman ko bersalin kan Danish. Alahai...

 

Post a Comment

<< Home