Happy New Year
Harap2 masih lom ketinggalan jauh sangat utk aku nak ucapkan "Happy New Year" pada member2 semua. Semoga semuanya bersemangat baru dengan azam baru. Bercerita pasal AZAM... well to be frank aku sebenarnya tak pernah ada azam yang specifik setiap tahun.. (teruk ke aku heheh). Pada aku kalau aku berazam.. tak kirala tahun bila aku akan accomplish kan sampai berjaya. So kalau org tanya apa azam tahun nih... mati kutu aku nak menjawab.Sejak akhir2 ni aku mabuk teruk.. pembawakan adik Nabil. Sbb tu aku jarang update blog nih.. sowi yer sumer.. nampaknya makin teruk pulak morning sickness kali ni... kalau bangun tidur tu kepala mesti sakit.. pening2.. loya2 pastu nak muntah. Lain bebeno... itulah orang kata setiap anak lain pembawakannya. Barulah aku experience camner rasanya org mabuk pregnant nih... Satu lagi walaupun baru jer masuk 8 weeks, aku dah mengidam macam2. Kadang2 tu walaupun aku penat2 baru balik kerja, aku akan terus gak kedapur kalau aku teringin nak makan something but itupun apa yg boleh dapat kat sini lah.. cam skang ni kat kepala aku asyik fikir nak makan Yong tau foo... alalalalalahahaiii manalah aku nak cekau yong tau foo kat sini... mak aku soh tunggu masa balik mesia nnt.. woooo 3 bulan lagi tu... mana leh tahan.. huhuhhuhuhu
Kadang2 tu aku termenung gak sorang2.. tengok muka anak bujang aku.. dah besar dah dia.. cerdik sangat.. tapi cakap pelat.. hehe terfikir lak tak lama lagi kalau takde apa2 masalah InsyaAllah bertambah sorang lagi anak aku. Anak dah nak masuk dua... umurpun dah menganjak tua dah... tapi perangai aku ngan hubby rasanya cam budak2 lagi.. masih lagi buat lawak2 bodo.. main game.. tgk citer kartun (Naruto... peberet)..heheh entahlah.. kekadang terdetik gak.. adakah satu hari nnt kami akan berubah.. or.. kami akan kekal camni selamanya. Sebenarnya aku amat selesa ngan keadaan sekarang... happy go lucky dipenuhi gelak ketawa dari lawak2 bodo hubby aku ngan lawak2 spontan nabil.. well biarlah Allah sahaja yg menentukannya.. semoga kami sekeluarga akan bahagia selamanya.. Amin..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home