Selamat Berpuasa
Alhamdulillah... Ramadhan dah menjenguk semula... pengalaman tahun kedua berpuasa di rantau orang. Tahun lalu berpuasa di Holland. Tapi tak terasa sangat sebab terlampau sibuk dengan class dan exam. Lagipun masa tu dah hujung autumn.. so waktu berbukanya awal sekali... jam 5.30ptg udah berbuka. Selalulah kami suami isteri berbuka di dalam kelas dengan sepotong coklat Mars or Snickers. Masa tu Nabil masih di Malaysia jadi malam2 tu sayu jugaklah dok teringat kat anak.
Tahun nih diberi rezeki oleh Allah utk merasa pengalaman berpuasa di Denmark pula. Alhamdulillah so far oklah. Tahun ini masih juga berpuasa dalam musin Autumn.. so masih berbuka awal. Bezanya tahun ini Nabil ada bersama2 dan aku juga taklah begitu sibuk. Cuma memerlukan masa dan tumpuan utk siapkan research nih. Semoga semuanya berjalan lancar.
Apa yang aku rindu sangat and tak ada kat sini adalah pasar Ramadhan.. hehe teringat pelbagai makanan yg dijual... kat sini semua kena masak sendiri.. lagi2 kat denmark ni.. kebab pun tadak... huhuhu. Tapi takper.. mungkin ini ujian Allah pada kami sekeluarga.. lagipun kalau bersusah2 dengan suami... InsyaAllah satu hari suami akan kenang juga jasa kita. Time disinilah ikatan suami isteri akan jadi lebih rapat sebab kami hanya bergantung pada satu sama lain... takde keluarga.. takde kawan2...
Di rantau orang ni banyak mengajar aku utk menjadi seorang muslim yang lebih baik. Iyalah.. kalau di Malaysia tu tak pernah pulak begitu teliti memilih makanan. Semuanya kita bedal ajer. Kat sini kesedaran tu lebih sikit. So setiap apa yg nak beli tu.. di telik di belek cukup2. Pada kawan2 kat Mesia tu.. aku harap lain kali kalau nak beli barang ke nak makan apa2 ker.. check ler dulu.. mana la tau kan.... apa yang kita makan dan bagi keluarga kita makan.. akan jadi darah daging. Terutamanya untuk anak2.. biarlah diaorg dapat makanan yang bersih semoga dapat membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
Di Holland dulu ramai juga muslim sbb ramai student dtg dr Jordan, egypt dan iraq. Setiap malam ada terawikh berjemaah. Di denmark ni populasi muslimnyer sikit sangat, so kalau nak berjemaah terawikh tu kena pergi jauh. kalau di Mesia tu.. mana2 masjid ada terawikh kan.. jadi janganlah lepaskan peluang. Tak semua orang dapat kesempatan macam di Malaysia.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home