Beach Volleyball
Semalam gi tgk hubby main volleyball kat beach. Uni kitaorg yg anjurkan. Best jugak, ramai yg participate. Seharian berjemur. Nabil apa lagi mandi laut lah dia.. seronok sangat.. pantai yg kat De Sav Loofmanlaan ni best sket sbb tak ramai sgt org kalo kat Schevinegen yg kami pergi khamis lepas tu penuh manusia.. puas la Nabil mandi kali ni.. sampai mintak naik sbb dah tak tahan sejuk. Oh ya satu yg aku nampak pelik kat sini ialah kalau ada pertandingan apa2 ker.. cam beach volleyball ni.. kami semua pergi guna public transport jer.. termasuk la lecturer2 semua.. senang dan cepat.. kalo kat mesia tu mesti dah disediakan kenderaan cam bas ker kan...
Satu yg best kat Holland ni public transport dia mmg kelas. Always in time and selalu ada jer kat mana2. Boleh dikatakan mana2 tempat interesting mesti senang nak gi ngan public transport (train, tram, bus). Train dia pun banyak sangat... selang beberapa minit jer. Schedule lak ada kat internet.. so senang sgt nak plan kalo nak gi mana2. Harap2 Mesia leh la jadi cam Holland ni. Aku rasa kalau Public transport kat Mesia kelas macam kat sini mesti ramai yg pilih naik Public Transport dari bersesak2 naik kereta.
Kat sini kereta pun tak banyak.. yg banyak basikal jer.. kalau nak ambik lesen pun susah bangat hehe..
Kalau ada rezeki sambung PHd kat sini lagi.. nak cuba la amik lesen.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home